Jika anda ingin lari dari kesesakan dan hiruk-pikuk ibu kota dan bandar, The WOODS Resort adalah destinasi percutian yang harus anda tujui. Kawasan seluas 64 ekar direntasi aliran sungai cantik di tengah-tengahnya seumpama syurga buat mereka yang cintakan keharmonian dan keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Sebaik sahaja anda menjejakkan kaki di sini, anda akan disambut dengan kehijauan hutan hujan tropikanya yang subur menghijau, bukit-bukau dan deruan air sungai yang jernih bersih. Perjalanan selama 30 minit dari Kuala Lumpur tidak terasa dengan suasana dan keharmonian alam semulajadi.
Di The WOODS Resort, jamu mata anda dengan permandangan chalet “Kampung View” berkonsepkan kayu di kelilingi dusun buahan dan pokok herba serta sungai yang menyajikan permandangan yang menarik. Rasai kesegaran air bukit dari jeram yang disalurkan terus ke dalam chalet.
Apabila dikelilingi buah-buahan tropika seperti pulasan, mata kucing, nangka, cempedak, duku, durian, pisang dan lain-lain. Amati, petik dan rasa kesemuanya sewaktu musim buah. Memancing di sungai sambil menghirup udara segar yang nyaman dalam suasana kehijauan yang mendamaikan.
Rasai keselesaan menginap di salah sebuah daripada 20 buah Chalet “Kampung View” termasuk 5 buah chalet berkembar yang menampilkan seni bina kayu tradisi Melayu yang eksotik. Ataupun rasai kelainan dengan bersantai di khemah di tepi jeram sambil menikmati unggun api dan BBQ bersama keluarga dan rakan-rakan. Disamping itu, kemudahan lain, terdapat dewan terbuka untuk pelbagai aktiviti, wakaf untuk bengkel dan bersantai serta tapak perkhemahan, kolam buatan dengan air yang sentiasa mengalir, surau, tandas, bilik mandi dan lain-lain kemudahan bagi memenuhi citarasa pengunjung.
Keindahan hutan semulajadi juga dapat digunakan untuk pelbagai aktiviti seperti jelajah hutan (jungle tracking), jalan malam (night walk), burung hantu (owl ops), Flying Fox, Abseiling, Repelling, merentas halangan, paintball dan pelbagai lagi aktiviti rekreasi.
Seandainya anda ingin suasana yang tenang dan damai untuk aktiviti “family day”, “gathering”, kem dan latihan, BBQ, perkhemahan dan bersantai bersama keluarga, mengapa memilih yang lain sekiranya anda ada pilihan yang memenuhi citarasa anda sambil dipagari keindahan alam semulajadi ciptaan Allah Yang Maha Berkuasa.
Habiskan masa terluang di sini dan bawa pulang “cenderahati” berkonsepkan kayu dan alam semulajadi, pokok-pokok herba dan buah-buahan untuk keluarga, rakan dan orang tersayang.
The Woods sentiasa mengalu-alukan kedatangan anda kerana kepuasan anda adalah keutamaan kami.
Maklumat lanjut boleh menghubungi 03-6075 2005 atau emailkan kepada radzinmind@yahoo.com

APA ADA DI THE WOODS ;
~ 20 buah chalet berkonsepkan kayu tradisional Melayu
~ Tapak Perkhemahan
~ Kem Latihan
~ Kemudahan Seminar Dan Kursus
~ Aktiviti Rekreasi
~ Tapak Hari Keluarga
~ Tandas Awam
~ Tempat Mandi
~ Surau
~ Wakaf
~ Dusun Buah-Buahan
~ Kolam Mandi
~ Kolam Pancing
~ Jeram Semulajadi
~ Jelajah Hutan (Jungle Tracking)
~ Tempat Meletak Kenderaan
~ Dan Lain-Lain
No comments:
Post a Comment